Friday, September 4, 2009

Anjung Special - Nasi Ayam Kampung



Heboh di Lembah Kelang tentang keenakan ayam kampung. Selalunya restoran penuh dengan peminat ayam kampung. Anjung Restoran tidak mahu ketinggalan memenuhi citarasa rakyat Malaysia masakini. 1/4 ayam kampung goreng dihidangkan bersama ulam, sambal dan kuah kari daging.

Anda boleh memilih samada dihidangkan bersama dengan nasi putih ataupun nasi lemak....hmmm........kecur air liur!!!

Sekali kena pasti hendak lagi!!! 

YOU TASTEBUD WON'T GO WRONG IF YOU COME STRAIGHT TO ANJUNG!!!

Selamat merasa!!!








Thursday, August 20, 2009

Ramadan Mubarak!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pihak kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia kepada semua pelanggan kami yang beragama Islam. 

Operasi sepanjang bulan Ramadan bermula dari 4 petang sehingga 5 pagi. Kami menerima tempahan untuk berbuka puasa.

Sepanjang bulan puasa buah kurma dan air masak akan disediakan semasa Iftar (waktu berbuka puasa) secara PERCUMA.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN YANG MULIA. SEMOGA RAMADAN TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN SEBELUMNYA.

Anjung Kajang

Gambar menunjukkan Restoran Anjung dilihat dari Jalan Semenyih. Masa yang terbaik untuk keluarga berkunjung ialah pada sebelah malam kerana lebih mudah untuk mendapat parking...

Sepanjang Ramadan anda boleh membuat tempahan meja lebih awal untuk berbuka puasa. Anda mungkin kecewa sekiranya tidak membuat tempahan awal.