Tuesday, April 20, 2010

Seniman Popular di Anjung @Kajang




Inilah one of our regulars....pagi sebelum beliau ke pejabat mesti bersarapan di Anjung. Terimakasih atas sokongan. Beliau adalah Dahlan Zainuddin yang satu ketika dulu tersohor dengan lagu "Kisah Seorang Biduan' dan byk lagi lagu2 lain.

Terimakasih sekali lagi atas sokongan yang diberi. 

Wednesday, April 7, 2010

Belut @ unagi





Belut? Apa tu? Macamana rasanya? Apa tu belut bolehlah digooglekan. Macamana rasanya, itu adlah pengalaman peribadi. Di sertakan gambar tomyam belut, belut goreng masak kicap dan masak kari belut. Gambar2 ni diambil disalah sebuah gerai terkenal di Kelantan yang menjual masakan belut ni. Belut ni bukan belut yg dibela tetapi yg diperolehi daripada bendang.

Enjoy the photos!


Di Anjung kami tidak menyediakan masakan belut. Belum lagi.

Kena cara masaknya, memang sedap.

Hmmmm.....


Anjung@Kajang

Sunday, January 3, 2010

Anjung Berwajah Baru - Kajang's Favorites Hot Spot

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kalau dah lama tak berkunjung ke Anjung, silalah datang lagi menjamu selera. Sekarang di sebelah malam, lampu yang ada semuanya sudah menyala dan memberikan suasana yang lebih selesa dan nyaman.

Begitu juga hiasan dari Sayung, Perak iaitu labu Sayung. Walaupun ada satu sahaja labu Sayungnya tetapi ia menceriakan suasana di samping dulang yang dibuat dari buluh dan juga bekas kertas tisu yang menarik lagi berwarna-warni juga dari Sayung.

Anjung juga kini dihiasi dengan gambar2 yang tembus cahaya dari masakan ala barat dan juga ala carte citarasa Asia yang popular dan selalu ditempah oleh pengunjung.

Datanglah...untuk menikmati suasana yang luar biasa lebih dari biasa kini dan selamanya di Anjung Kajang.

Sekian, terimakasih.

Friday, September 4, 2009

Anjung Special - Nasi Ayam Kampung



Heboh di Lembah Kelang tentang keenakan ayam kampung. Selalunya restoran penuh dengan peminat ayam kampung. Anjung Restoran tidak mahu ketinggalan memenuhi citarasa rakyat Malaysia masakini. 1/4 ayam kampung goreng dihidangkan bersama ulam, sambal dan kuah kari daging.

Anda boleh memilih samada dihidangkan bersama dengan nasi putih ataupun nasi lemak....hmmm........kecur air liur!!!

Sekali kena pasti hendak lagi!!! 

YOU TASTEBUD WON'T GO WRONG IF YOU COME STRAIGHT TO ANJUNG!!!

Selamat merasa!!!








Thursday, August 20, 2009

Ramadan Mubarak!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pihak kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia kepada semua pelanggan kami yang beragama Islam. 

Operasi sepanjang bulan Ramadan bermula dari 4 petang sehingga 5 pagi. Kami menerima tempahan untuk berbuka puasa.

Sepanjang bulan puasa buah kurma dan air masak akan disediakan semasa Iftar (waktu berbuka puasa) secara PERCUMA.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN YANG MULIA. SEMOGA RAMADAN TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN SEBELUMNYA.

Anjung Kajang

Gambar menunjukkan Restoran Anjung dilihat dari Jalan Semenyih. Masa yang terbaik untuk keluarga berkunjung ialah pada sebelah malam kerana lebih mudah untuk mendapat parking...

Sepanjang Ramadan anda boleh membuat tempahan meja lebih awal untuk berbuka puasa. Anda mungkin kecewa sekiranya tidak membuat tempahan awal.